KERJA CUTI TERANCANG PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Pertandingan menghasilkan Power Point.
·         Makluman kepada semua pelajar tingkatan 4, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu pertandingan menghasilkan bahan P & P dalam bentuk Power Point  sebagai latihan cuti terancang.
·         Setiap pelajar 4E1 dikehendaki memilih mana- mana salah  SATU  tajuk dari setiap bahagian dalam buku teks @ buku rujukan Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al- Quran & As- Sunnah  tingkatan 5.
·         Manakala bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5, pelajar kelas 4e2 – 4e6 boleh memilih mana- mana tajuk dari bahagian yang ditetapkan iaitu:
1.       Kelas 4E2 : Bahagian Aqidah @ Adab
2.       Kelas 4E3 : Bahagian Ibadah @ Sirah (Kerajaan Abbasiyah)
3.       Kelas 4E4 : Bahagian Tilawah Al- Quran @ Tokoh Islam
4.       Kelas 4E5 : Bahagian Hadis @ Ibadah
5.       Kelas 4E6 : Bahagian Aqidah @ Tokoh Islam
·         Terpulang kepada pelajar untuk mencari maklumat tambahan dari mana- mana sumber sebagai rujukan.
·         Syarat Pertandingan:
1.       Minimun bilangan slide adalah sekurang- sekurangnya 15.
2.       Soalan pengukuhan hendaklah disertai antara 3 -5 soalan.Para pelajar boleh menggunakan hyperlink.
3.       Sebarang kreativiti dan inovasi akan diambil kira dalam pemarkahan.
HADIAH YANG MENARIK MENANTI ANDA….REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI
....MENGASAH MINDA PASTINYA..
*****SELAMAT BERCUTI DENGAN PENUH BERMANFAAT*****

KERJA CUTI TERANCANG PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
Pertandingan menghasilkan Power Point.
·         Makluman kepada semua pelajar tingkatan 2, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu pertandingan menghasilkan bahan P & P dalam bentuk Power Point  sebagai latihan cuti terancang.
·         Setiap pelajar dari setiap kelas dikehendaki memilih mana- mana salah  SATU  tajuk dari setiap bahagian dalam buku teks @ buku rujukan yang ditetapkan iaitu:
1.       Kelas 2E1 : Bahagian Tilawah Al- Quran
2.       Kelas 2E2 : Bahagian Hadis
3.       Kelas 2E3 : Bahagian Aqidah
4.       Kelas 2E4 : Bahagian Ibadah
5.       Kelas 2E5 : Bahagian Sirah & Tokoh Islam
6.       Kelas 2E6 : Bahagian Adab
·         Terpulang kepada pelajar untuk mencari maklumat tambahan dari mana- mana sumber sebagai rujukan.
·         Syarat Pertandingan:
1.       Minimun bilangan slide adalah sekurang- sekurangnya 15.
2.       Soalan pengukuhan hendaklah disertai antara 3 -5 soalan.Para pelajar boleh menggunakan hyperlink.
3.       Sebarang kreativiti dan inovasi akan diambil kira dalam pemarkahan.
HADIAH YANG MENARIK MENANTI ANDA….REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI
…MENGASAH MINDA PASTINYA..

CUTI TERANCANG PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 1

Semua pelajar dikehendaki menghafaz ayat hafazan tingkatan 2 iaitu
ayat 8, 18, 26 dan 27 surah al- Imran.

SOALAN PERCUBAAN PAI SPM NEGERI 2010

Sila download di sebelah...


Alhamdulilah, blog ini disediakan khas untuk warga pelajar khususnya pelajar-pelajar saya di SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu dan warga pendidik amnya. Tujuan blog ini dihasilkan ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mencari bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam dan mengalami suasana pembelajaran secara maya. Buat warga pendidik pula khasnya guru Pendidikan Islam, laman ini menjadi sebahagian sumber alternatif serta dapat meneroka pelbagai blog ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. Harapan saya agar blog ini mampu memberi manfaat yang terbaik kepada anda semua. Sebarang cadangan dan idea dari anda sangat dialu-alukan. Semoga usaha kecil ini berupaya meningkatkan minat pelajar mempelajari subjek Pendidikan Islam, menambahbaik prestasi Pendidikan Islam di sekolah serta mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Insya Allah...

Sekian , wassalam.







TAZKIRAH UMUM


BANGKITLAH ISLAM, JAHANAM YAHUDI!!!