Alhamdulilah, blog ini disediakan khas untuk warga pelajar khususnya pelajar-pelajar saya di SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu dan warga pendidik amnya. Tujuan blog ini dihasilkan ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mencari bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam dan mengalami suasana pembelajaran secara maya. Buat warga pendidik pula khasnya guru Pendidikan Islam, laman ini menjadi sebahagian sumber alternatif serta dapat meneroka pelbagai blog ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. Harapan saya agar blog ini mampu memberi manfaat yang terbaik kepada anda semua. Sebarang cadangan dan idea dari anda sangat dialu-alukan. Semoga usaha kecil ini berupaya meningkatkan minat pelajar mempelajari subjek Pendidikan Islam, menambahbaik prestasi Pendidikan Islam di sekolah serta mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Insya Allah...

Sekian , wassalam.