KERJA CUTI TERANCANG PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Pertandingan menghasilkan Power Point.
·         Makluman kepada semua pelajar tingkatan 4, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu pertandingan menghasilkan bahan P & P dalam bentuk Power Point  sebagai latihan cuti terancang.
·         Setiap pelajar 4E1 dikehendaki memilih mana- mana salah  SATU  tajuk dari setiap bahagian dalam buku teks @ buku rujukan Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al- Quran & As- Sunnah  tingkatan 5.
·         Manakala bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5, pelajar kelas 4e2 – 4e6 boleh memilih mana- mana tajuk dari bahagian yang ditetapkan iaitu:
1.       Kelas 4E2 : Bahagian Aqidah @ Adab
2.       Kelas 4E3 : Bahagian Ibadah @ Sirah (Kerajaan Abbasiyah)
3.       Kelas 4E4 : Bahagian Tilawah Al- Quran @ Tokoh Islam
4.       Kelas 4E5 : Bahagian Hadis @ Ibadah
5.       Kelas 4E6 : Bahagian Aqidah @ Tokoh Islam
·         Terpulang kepada pelajar untuk mencari maklumat tambahan dari mana- mana sumber sebagai rujukan.
·         Syarat Pertandingan:
1.       Minimun bilangan slide adalah sekurang- sekurangnya 15.
2.       Soalan pengukuhan hendaklah disertai antara 3 -5 soalan.Para pelajar boleh menggunakan hyperlink.
3.       Sebarang kreativiti dan inovasi akan diambil kira dalam pemarkahan.
HADIAH YANG MENARIK MENANTI ANDA….REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI
....MENGASAH MINDA PASTINYA..
*****SELAMAT BERCUTI DENGAN PENUH BERMANFAAT*****